Sertai LDP untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat

Loong-Kok-Seng-LDP.jpg

Loong

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Golongan muda di negeri ini diminta untuk menyertai Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam usaha berkhidmat untuk negara dan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda LDP Pusat, Loong Kok Seng berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memimpin sayap Pemuda, memperkukuh perpaduan dalaman dan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk menarik generasi muda ke dalam LDP.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan dan Pemilihan Pergerakan Pemuda dan Wanita Pusat di sini pada Sabtu.

Beliau berjanji untuk bekerjasama rapat dengan Pergerakan Wanita dan Generasi Baru bagi membentuk sebuah parti yang lebih bersatu, dinamik dan kuat.

Loong menyatakan bahawa sayap Pemuda telah mengatasi banyak rintangan dan cabaran sekali gus menjadikan pergerakan itu lebih kukuh.

Beliau berkata, kejayaan dan kemajuan dicapai sayap berkenaan adalah hasil kerja keras dan sokongan para ahli LDP.

Beliau juga menghargai jasa para pemimpin parti atas bimbingan dan dorongan yang diberikan kepada Pergerakan Pemuda.

Loong berikrar untuk berkhidmat sepenuh hati kepada parti dan rakyat, serta bekerjasama dengan semua kepimpinan parti untuk mencapai misi.

 

 

Oleh:  Yap Siong Han/Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top