Serbu banglo sorok 300,000 rokok seludup

rokok-seludup.jpg

Pasukan PPM menemui rokok seludup bernilai RM225,000 dalam banglo di Sandakan. FOTO Ihsan PPM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok seludup bernilai RM225,000 dalam serbuan di banglo Kampung Sungai Batang, Batu 10, Sandakan, kelmarin.

Serbuan menerusi Ops Taring Landai Khas/ Ops Kontraban dijalankan sepasukan PPM Sandakan pada 7.50 malam dan memeriksa banglo dua tingkat yang mencurigakan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak mengandungi rokok tidak bercukai disimpan di ruang tamu rumah berkenaan.

“Rumah itu tidak berkunci serta tidak berpenghuni. Pemeriksaan lanjut menemukan 300,000 batang rokok yang nilai keseluruhan berjumlah RM225,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – HMETRO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top