Seragamkan Semua Adat-adat Di Kampung – Dr Joachim

dr-joachim-1.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyeru agar semua adat resam di kampung-kampung diseragam dan didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, di sini hari ini.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, program itu adalah untuk memperkasakan adat resam di daerah ini.

“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan “Native Court” (Mahkamah Anak Negeri – MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi. Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini”, kata beliau.

Program itu yang diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau, disertai seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan.

Pada program itu Dr Joachim turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAN yang diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Hj. Ruman kerana menganjurkan Jelajah Pemerkasaan Adat Daerah Ranau.

Beliau juga mengingatkan semua ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk di bawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk membantu mencegah penularan Covid-19.

 

Sumber: Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top