Sepintas Lalu Tentang Rishi Sunak, PM Baharu UK

rishi-sunak.jpg
Kongsi Bersama

* Lahir pada 12 Mei 1980, baru berusia 42 tahun, menjadikannya Perdana Menteri termuda dalam sejarah United Kingdom (UK).

* Merupakan perdana menteri bukan daripada kalangan ‘kulit putih’ yang pertama dilantik dalam sejarah 200 tahun demokrasi berparlimen UK.

* Dilahirkan di Southampton dalam keluarga imigran India yang berhijrah ke Britain dari Afrika Timur pada tahun 1960-an.

* Bapa Sunak merupakan seorang doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya mengusahakan farmasi.

* Mendapat pendidikan di Kolej Winchester yang menelan kos pengajian sebanyak £43,335 (RM232,558) setahun sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi dan kemudian menyambung pengajian di Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

* Kali pertama dipilih menjadi ahli Parlimen pada 2015 di Richmond, utara Yorkshire. Mendaki kedudukan dengan cepat. Menjadi menteri kewangan pada Februari 2020 di bawah kabinet Boris Johnson.

* Merupakan antara ahli Parlimen United Kingdom yang terkaya. Isterinya Ashata Murthy adalah anak kepada bilionair India Narayana Murthy. The Sunday Times (UK) menganggarkan kekayaan Sunak dan isternya lebih daripada £730m (RM3.913 bilion).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top