Sepatutnya lebih ramai dari Sabah dalam Kabinet baharu – FCAS

TC-Goh.jpg

Tan Sri T.C. Goh

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS) berpendapat perlu ada lebih ramai menteri dan timbalan menteri dari Sabah dalam Kabinet baharu yang diumumkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Presidennya, Tan Sri T.C Goh. berkata Sabah pernah mempunyai dua menteri dan enam timbalan menteri sebelum rombakan kabinet terbaharu itu, tetapi kini bilangan timbalan menteri telah dikurangkan kepada lima.

“Sabah mempunyai bilangan calon yang layak dan sepatutnya mempunyai lebih ramai penggubal dasar dilantik dalam barisan baharu, bukannya mengurangkan bilangan mereka,” tambahnya.

Pada masa ini terdapat dua menteri Sabah, sama seperti sebelum rombakan.

Tambahnya, Sarawak bukan sahaja mengekalkan jawatan timbalan perdana menteri, malah mengekalkan bilangan menteri dan timbalan menteri sebelum ini dalam Kabinet Persekutuan.

Goh seterusnya berkata sebagai ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), beliau mengalu-alukan pelantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Selain itu, Fadillah juga bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Mengenai Kabinet baharu, Goh berkata beliau turut mengalu-alukan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirzan Mohd Ali sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu.

Beliau berkata pelantikan Amirzan adalah wajar kerana beliau memegang portfolio itu sejak kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub Julai lalu.

Armizan sebelum ini juga pernah memegang portfolio Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

“Kami berharap selain memberi perhatian kepada kenaikan harga barangan di negara ini, beliau (Amirzan) juga dapat berusaha untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup di Sabah,” kata Goh.

Menteri Sabah yang lain ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

 

Sumber: The Star

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top