Semua Pihak Berperanan Bantu Golongan Terkesan Pandemik – Jamawi

jamawi.jpg
Kongsi Bersama

KEMABONG : Semua lapisan masyarakat terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran supaya membantu keluarga berpendapatan rendah yang dikenal pasti berada dalam kemiskinan mutlak ekoran pandemik COVID-19.

Ini kerana, tanggungjawab membantu golongan berkenaan tidak terletak sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya perlu dipikul bersama dengan semua pihak.

Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Jamawi Jaafar berkata tindakan itu adalah sebahagian usaha penyelesaian jangka pendek dalam membantu golongan berkenaan yang terkesan.

“Walaupun keadan ekonomi negara agak terjejas dengan penularan pandemik COVID -19 yang turut menjejaskan sumber kewangan (GLC) bagaimana golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar kehidupan mereka lebih terjejas ekoran kehilangan sumber pendapatan wabak itu, ” katanya ketika ditemui selepas mengagih sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf di masjid Haji Azmi Sugiang Lama Kemabong dekat sini petang semalam.

Hadir sama Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Majid, Ketua Belia Usia Tenom Mohd Taslim Tahir, Pengerusi Masjid Azmi Azmin Amit Yakob dan penceramah jemputan Ketua Belia Usia Sandakan Ustaz Mohamad Sufan Baharin.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Pusat memadai bagi  pihak yang  berkemampuan termasuk GLC membantu menyediakan keperluan asas bagi golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan harian mereka.

Tambah Jamawi, kerajaan memang mempunyai peranan tersendiri, tetapi dalam keadaan ketika ini (kemiskinan mutlak) berlaku di luar faktor diri sendiri. Bukan mereka tak mahu bekerja, tetapi tidak boleh untuk berbuat demikian disebabkan penularan COVID-19 dan juga pematuhan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan SOP yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu Jamawi berharap agar badan-badan NGO dan GLC lain yang ingin menghulurkan bantuan bekerjasama sesama dalam menyelaraskan bantuan bagi mengelak daripada berlaku pertindahan.

“Ini penting agar tidak berlaku pertindihan dimana bantuan hanya tertumpu di satu daerah atau kawasan sahaja sedangkan lebih ramai golongan dan kawasan lain turut memerlukan bantuan,” jelas Jamawi. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top