KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan semua pelawat yang divaksin sepenuhnya memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ‘swab test’ mulai 1 Disember,2021.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan ini semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di PWTC, di sini hari ini.
Ketua Menteri berkata Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.
“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan terus mingguan ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.
“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.
Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.
Setakat kemudahan penginapan, beliau berkata, ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya pembangunan 11 hotel baharu pada 2022.