Semua Mangsa Banjir Sabah Dibenarkan Pulang

mangsa-banjir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Semua 94 mangsa banjir daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memberitahu dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song di Kota Belud ditutup pada pukul  4 petang Sabtu.

Kata kenyataan itu PPS Dewan Mohd Dun Banir pagi semalam menempatkan 52 mangsa banjir daripada 14 keluarga sementara PPS Dewan Kampung Song-Song menempatkan 42 orang daripada lapan keluarga.

“Cuaca hari ini cerah di beberapa tempat seperti di Kota Kinabalu dan Penampang, manakala hujan di Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top