RANAU: Semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan disaran agar siap-siaga dengan tugasan masing-masing bagi mengemaskini pentadbiran organisasi yang diamanahkan.
Penyelaras PDM Parlimen DUN Karanaan, Jaharin Angku berkata, walaupun Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU15) belum diketahui bila, namun kesiap-siagaan tugasan masing-masing perlu sentiasa lengkap untuk memudahkan perlaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk senerai pengundi di setiap lokasi dapat dikemasini sebelum PRU.
“Justeru semua Ketua PDM harus bersedia melengkapkan diri menjalankan tugasan yang diamanahkan,” jelas Jaharin ketika mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri 17 orang Ketua PDM Parlimen DUN Karanaan di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Selasa.
Menurut Jaharin, kalah atau menang seseorang calon pada pilihan raya banyak bergantung terhadap peranan dan fungsi para Ketua PDM.
Susunan jawatankuasa peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri juga perlu diambil perhatian oleh Ketua PDM lebih awal agar sentiasa kemas dan terkini.
Menyentuh mesyuarat itu, Jaharin memaklumkan ia sebagai ‘refreshment’ selepas tiada mesyuarat hampir ua tahun disebabkan pandemik Covid-19.
“Sekarang kita boleh sudah bergerak sambil mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan pandemik yang kini belum berakhir,” katanya.
Dalam mesyuarat itu, semua ketua PDM Parlimen DUN Karanaan berazam untuk membantu calon Parlimen Perikatan Nasional (PN) agar mencapai kemenangan yang membanggakan pada PRU15 akan datang. – Warta Oriental