TAWAU: Semua jentera Sayap Parti Warisan (WARISAN) sudah bersiap siaga berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) pada tahun hadapan.
Ketua Wanita WARISAN Sabah, Norfaezah Chua berkata, semua Sayap dalam WARISAn akan memastikan kemenangan besar parti itu selepas PRN17.
“Adalah penting pemimpin WARISAN di peringkat akar umbi untuk memastikan semua ahli dan pengundi bersedia berhadapan dengan PRN.
“Semua jentera WARISAN terutamanya Wanita akan memastikan semua kerja-kerja berjalan lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Agung Tahunan Wanita, Wira dan Wirawati WARISAN di sini, semalam.
Beliau berkata, pelbagai kelemahan yang ada pada kerajaan hari ini wajar diambil perhatian khususnya oleh rakyat.
Katanya, kelemahan-kelemahan itu boleh diatasi sekiranya WARISAN sekali lagi diberikan mandat untuk mentadbir negeri dengan Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri. – Utusan Borneo