Semua Bahagian PBS Diseru Tingkatkan Keahlian Untuk Perkukuhkan Parti

dr-joachim.jpg

(Kredit foto: FB Dr.Christoper Mandut -KPP PBS)

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua bahagian parti agar meningkatkan keahlian masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan parti di peringkat bahagian dan juga cawangan.

Katanya, keahlian amat penting kerana tanpa keahlian yang ramai sesebuah parti tidak akan kuat.

“Justeru, semua bahagian parti perlu meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai untuk menjadi ahli supaya parti kita kekal kuat.

“Sebuah parti yang kuat penting dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah dan membela nasib orang-orang Sabah.

“Bilangan ahli juga harus diterjemahkan kepada jumlah undi dalam mana mana pilihan raya,” katanya.

Kekuatan sesebuah parti bermula dari peringkat akar umbi yang melibatkan bahagian dan cawangan, tambah Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-38 bagi empat bahagian parti iaitu Kadamaian, Pintasan, Usukan dan Tempasuk yang diadakan di Rumah Kebudayaan Tobilung (RKT) pada Khamis.

AGM itu dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati daripada bahagian-bahagian tersebut.

Dr. Joachim juga menerima borang permohonan keahlian daripada 700 orang yang disampaikan oleh Ketua Bahagian PBS Pintasan, Muji Ampau.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK penganjur yang diketuai oleh Muji sendiri dan kerjasama daripada Ketua- ketua Bahagian yang lain.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Tempasuk dan Usukan; Demis Rumanti, James Baga dan Lamdin Kuyab; Ahli -ahli Majlis Tertinggi (AMT), Naib Presiden yang juga Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut; Setiausaha Pergerakan Wanita selaku Pengerusi Mesyuarat, Stepfonie Chan; Naib-naib Presiden PBS, Exco- Exco pergerakan pemuda dan wanita, ketua-Ketua bahagian bersama timbalan dan ketua-ketua cawangan. –Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top