Semua ADUN GRS Teguh Sokong Hajiji

pelancaran-GRS-1.jpg

Gambar fail; Dari kiri Pandikar Amin, Dr Maximus, Hajiji, Dr Jeffrey dan Yong,

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan pendirian teguh dalam menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Semua presiden parti komponen di bawah GRS mengesahkan mengenai sokongan itu hari ini.Dalam kenyataan bersama, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) berkata, keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri kekal utuh apabila beliau terus mendapat sokongan majoriti DUN.

Mereka menegaskan, GRS merupakan parti politik yang mempunyai jumlah ADUN paling banyak dalam DUN Sabah, oleh itu pengumuman BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji malam tadi tidak memberikan kesan ke atas kedudukan beliau.

Pada masa sama, mereka berkata, GRS turut menghargai sokongan yang disuarakan majoriti ADUN lain, termasuk sokongan kolektif ADUN Pakatan Harapan (PH), BN, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN dilantik.

“Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya radalah tindakan yang mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak,” kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan ADUN GRS iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top