Semporna Sepatutnya Penuh Dengan Pelancong, Bukan Pendatang Tanpa Izin, Kata Bekas Ahli Majlis

setinggan.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Semporna akan mempunyai potensi yang jauh lebih besar jika isu mengenai pendatang tanpa izin ditangani secara menyeluruh.

Dalam laporannya semalam, NST memetik bekas ahli majlis daerah Semporna Nixon Abdul Habi sebagai berkata kerajaan boleh membangunkan lebih banyak kawasan itu sebagai destinasi pelancongan.

Namun, menurut beliau, tapak-tapak berpotensi yang sepatutnya dibangunan dengan pusat peranginan atau penginapan bertaraf lima bintang menjadi tempat tumbuhnya kawasan setinggan yang kian meluas.

“Berdasarkan paparan satelit Google earth, struktur haram tersebut malah menceroboh hutan simpan di Semporna.

“Semporna sepatutnya menjadi tempat yang penuh dengan pelancong, bukannya pendatang tanpa izin,” kata Nixon, 54, yang dilahirkan dan dibesarkan di daerah itu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli majlis daerah Semporna selama empat penggal.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan semasa pandemik Covid-19, terdapat 6,000 rumah setinggan di daerah ini.

Nixon

Tambah Nixon, kehadiran ramai bukan warganegara di daerah itu turut menyebabkan kerugian kepada sumber kerajaan khususnya bekalan air.

Beliau berkata secara purata kira-kira 48 juta liter air keluar dari loji rawatan negeri dalam sehari. Bagaimanapun, kerajaan hanya mengumpul 18 juta liter.

“Kita kena urus ini, jika tidak kita kehilangan 30 juta liter sehari. Kerajaan negeri mungkin kehilangan sekurang-kurangnya RM50,000 sehari atau RM18.25 bilion setahun dari segi hasil,” katanya sambil menambah keadaan itu turut menyebabkan kekurangan air bersih untuk premis perniagaan dan penduduk tempatan.

Nixon berkata kemahuan politik yang kuat sangat perlu untuk menangani isu yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin termasuk merobohkan struktur haram dan pengeluaran semula IC Sabah untuk mengenal pasti penduduk asli Sabah.

Ketika ditanya mengenai isu hak asasi manusia dalam menangani perkara itu, beliau berkata hak orang asal terhadap keperluan asas termasuk infrastruktur asas, penjagaan kesihatan, pendidikan dan lain-lain perlu diberi keutamaan.

“Selain itu, isu yang paling membimbangkan ialah keselamatan dan kedaulatan negara.”

Dalam laporan yang sama NST mengimbas wawancara dengan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal beberapa bulan lalu mengenai isu pengeboman ikan, beliau mengakui terdapat peningkatan jumlah penduduk di kawasannya daripada kira-kira 43,000 kepada lebih 70,000.

Beliau berkata beliau telah mengingatkan pihak berkuasa, khususnya jabatan Perikanan dan polis marin, untuk memastikan pengawasan dilakukan.

“Begitu juga dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memainkan peranan mereka. Mereka harus mengambil tindakan tegas sama ada pengawasan, penyidikan atau pemeriksaan terhadap mereka.

“Selepas pengawasan terhadap pendatang selesai, pihak berkuasa harus menangani perkara itu mengikut undang-undang,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.

Pada November tahun lepas, Ketua Menteri negeri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bahawa kerajaan telah memulakan pengumpulan data selama 6 bulan dengan projek perintis meliputi beberapa ladang kelapa sawit milik kumpulan Sawit Kinabalu milik kerajaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top