Semporna Contoh Terbaik Perangi Covid-19

covd-semporna.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keadaan semasa kes Covid-19 di Semporna menunjukkan situasi semasa di daerah itu semakin stabil.

Walau dahulu Semporna merupakan tempat yang bahaya dengan kes positif yang tinggi tetapi kini, daerah ini menunjukkan keadaan yang lebih stabil.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, keadaan di Semporna ini harus menjadi motivasi kepada daerah lain yang masih tinggi kes untuk bersama-sama memperbaiki keadaan seperti yang dilakukan di Semporna.

Ini adalah hasil kerjasama petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta penduduk di Semporna.

“Ia dapat dilakukan dengan kerjsama kedua-dua pihak. Petugas KKM buat kerja dan rakyat di Semporna memberi kerjasama.

“Itu sebabnya kita dapat melihat perkembangan baik di Semporna. Diharap daerah lain juga mendapat motivasi bahawa kita boleh menang dalam memerangi pandemik ini dengan kerjasama semua pihak,” katanya semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini semalam.

Dalam tempoh seminggu ini, Semporna hanya mencatatkan kes satu angka dan semalam hanya satu kes dilaporkan di daerah tersebut.

Setakat ini, Semporna mencatatkan bilangan kumulatif sebanyak 2,191 kes.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top