Sembunyi mayat 6 tahun, tipu faedah persaraan lebih RM1 juta

mike-carroll.jpg

Foto Mike Carroll yang dirakam pada 1990-an. Menurut salah seorang cucunya, bekas akauntan bertauliah ini seorang yang sangat periang dan disayangi keluarga. Tiada siapa menyangka dia akan menjadi mangsa manipulasi anak dan menantunya sendiri.

Kongsi Bersama

OVERLAND PARK, KANSAS, USA: Sepasang suami isteri di Kansas telah didakwa dengan curang mengutip lebih daripada AS$215,000 (RM1.016 juta) sebagai faedah persaraan bagi pihak ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia dengan cara menyembunyikan kematian dan mayatnya selama enam tahun.

Pihak berkuasa berkata pada 23 Oktober 2022 menantu Carroll, Kirk Ritter membuat laporan polis mengenai kematian bapa mentuanya.

Walau bagaimanapun pemeriksaan lanjut menunjukkan Caroll telah meninggal dunia pada 2016 semasa berusia 81 tahun, tetapi kematiannya tidak dilaporkan. Apa yang berlaku ialah Kirk dan isterinya, Lynn terus mendeposit dan berbelanja dari akaun bank Carroll, yang mayatnya dibiarkan menjadi ‘mumia’ di atas katil di rumah mereka.

Ahli keluarga memberitahu pihak berkuasa bahawa Kirk dan Lynn berulang kali memberikan pelbagai alasan tentang kenapa Caroll tidak menjawab panggilan telefon atau tidak datang melawat mereka. Semua alasan itu bertujuan meyakinkan ahli-ahli keluarga berkenaan yang Caroll masih hidup.

Pasangan yang masing-masing berusia 61 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah persekutuan untuk menghadapi beberapa pertuduhan pada 2 Februari ini.

Pendakwa raya berkata pencen dan bayaran Keselamatan Sosial yang diterima Carroll dalam tempoh enam tahun selepas kematiannya berjumlah AS$216,067 (RM1.021 juta) dan rekod bank sepanjang tempoh itu menunjukkan cek ditulis dari akaun banknya dan ditunaikan oleh Lynn dan Kirk Ritter.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top