Sembilan tempat dipasang Starlink di Sabah – Fahmi

fahmi.jpg

Fahmi melawat pameran Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu di Dewan Pisompuruan Kampung Kobuni, Inanam, semalam. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Digital akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah Januari depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata pemasangan unit peranti satelit Starlink itu akan melibatkan sembilan lokasi di negeri ini, termasuk satu di Inanam.

“Pemasangan unit Starlink ini dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan saya minta pasukan pastikan di Inanam cari satu tempat (pemasangan Starlink).

“Dua unit satelit Starlink fasa pertama (kini) sedang dipasang iaitu satu di Pensiangan dan Ranau. Esok saya akan ke Ranau untuk melihat pemasangan unit Starlink,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kita MADANI di Inanam, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.

Fahmi berkata, Starlink diberikan lesen oleh kerajaan pada Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi meningkatkan keupayaan internet di negara ini.

Mengenai program Kita MADANI, Fahmi berkata, maklumat yang sahih dan benar dapat disampaikan kepada komuniti.

Katanya, komuniti MADANI di setiap kawasan Parlimen diwujudkan untuk membantu kerajaan negeri mahupun Persekutuan menyampaikan setiap maklumat yang tepat kepada masyarakat.

“Ini penting agar dasar Kerajaan Persekutuan dan negeri dapat disampaikan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top