KUALA LUMPUR: Sejak Sports Toto beroperasi semula pada 17 Jun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), jackpot berjumlah RM33.69 juta telah dimenangi di seluruh negara.
Durian runtuh terbesar ialah Toto 4D Jackpot 1, yang dimenangi pada 19 Julai oleh lima orang yang membawa pulang sebanyak RM23.63 juta.
Seorang petani berusia 46 tahun dari Sabah pula berjaya membawa pulang RM19.88 juta. Dia mempertaruhkan nombor pendaftaran kereta yang sering dilihat di kawasan kejiranannya.
“Saya pernah melihat nombor pendaftaran kereta yang sama pada kereta yang berlainan di kawasan kejiranan saya, oleh itu saya rasa ini mesti menjadi petunjuk bagi saya untuk mencuba nasib,” katanya kepada Sports Toto.
Bagaimanapun petani itu terpaksa menanti sehingga sebulan sebelum dapat menuntut hadiah kemenangannya disebabkan tidak dapat membeli tiket penerbangan.
“Sebagai seorang petani, saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Oleh itu saya melakukan bermacam-macam pekerjaan sampingan bagi mengumpul wang membeli tiket kapal terbang,” katanya.
“Saya tidak mahu meminjam dari rakan dan saudara saya kerana saya tidak mahu mereka tahu bahawa saya pemenang jackpot,” katanya.
Pemenang menambah bahawa dia mahu menggunakan wang itu untuk anak-anaknya dan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. – NST
catatan editor:
Mudah-mudahan dia tak tergerak hati untuk ikut bertanding dalam PRN ni. Jangan cari pasal, tak kena gaya, boleh jatuh miskin semula….