SELINGAN: Kisah Warga Emas Dan Duit Berkarung-Karung

duit-berkarung.jpg
Kongsi Bersama

JAKARTA: Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.

Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.

Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai

Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.

Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.

“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.

“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.

Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.

Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.

“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya – Harian Metro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top