SELINGAN: Gara-Gara Tak Bayar Hutang

hutang.jpg
Kongsi Bersama

HANOI: Gambar seorang lelaki dibalut plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar tatu dibuatnya, tular di media sosial Vietnam.

Lebih malang, kejadian itu berlaku ketika negara itu sedang berdepan ‘musim sejuk’ dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius.

Oddity Central melaporkan ketika kejadian, beberapa individu melihat seorang lelaki muda, tidak memakai baju dan hanya memakai topi keledar basikal.

Tubuhnya dibalut dengan plastik dan diikat pada pokok dengan kertas yang bertulis ‘saya benci membayar tatu.’

Gambar lelaki itu disiarkan di media sosial dan menjadi viral.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dikenali sebagai NQT mengaku sebagai artis tatu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Dalam catatan media sosial, pemilik kedai tatu menjelaskan lelaki dalam gambar itu hanya menyelesaikan sebahagian daripada wang khidmat mencacah tatu.

Rakannya berjaya menangkap lelaki itu dan membawanya ke kedai kemudian mahu memberinya pengajaran.

“Pemuda ini membuat tatu di tangannya, tetapi melarikan diri dan mengelak saya sehingga hari ini.

“Oleh itu, kami menanggalkan bajunya, membungkusnya dengan plastik dan mengikatnya di pokok sebagai hukuman,” kata lelaki itu.

Tidak jelas berapa lama ‘seksaan’ dilalui lelaki itu, tetapi pemilik kedai tatu itu mendakwa dia kasihan dan akhirnya memutuskan untuk membebaskannya.

“Dia tidak mempunyai wang untuk membayar, tetapi saya memaafkannya,” katanya. – HMetro


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top