SELINGAN: Dihalau Dari Restoran Kerana Pakaian Dianggap Terlalu Seksi

seksi.jpg
Kongsi Bersama

Seorang pelancong dari Itali dihalau dari sebuah restoran di Australia kerana memakai pakaian yang dianggap tidak sesuai.

Kejadian ini berlaku ketika Martina Corradi berada di sebuah restoran di tepi Pantai Bondi, Australia bersama kekasihnya.

Semasa mereka sedang duduk, mereka kemudian dihampiri oleh seorang pelayan dan kemudian menyatakan bahawa pakaian Martina tidak sesuai dipakai untuk berada di situ.

Corradi kemudian berkongsi pengalaman tersebut di laman sosialnya iaitu Facebook untuk menanyakan pendapat orang ramai tentang pakaian yang dipakai.

“Saya hanya ingin pendapat dari anda kerana saya merasa sangat malu dan tersinggung pada ketika ini,” tulisnya.

“Kami masuk ke sebuah restoran dan duduk di balkoni, bawah sinar matahari. Sedang duduk, pelayan datang dan berkata bahawa pakaian saya tidak sesuai dan saya tidak boleh berada di situ. Saya dan kekasih saya, hanya melihat pelayan itu dan kami tidak dapat berkata apa. Kami sangat terkejut!” ujarnya.

Dia juga memberitahu bahawa pengurus restoran tersebut kemudian datang dan memberitahunya bahawa pakaian itu tidak sesuai dipakai.

“Saya berpakaian seperti itu kerana kami pergi ke Bondi Icebergs siangnya untuk makan tengahari,” tulisnya.

“Saya hanya ingin pendapat. Saya tidak tahu, mungkin saya gila,” tanya Corradi kepada nitizen mengenai pakaian yang dipakainya.

Kebanyakan nitizen menyokong Corradi dan mengatakan pakaian wanita itu tidak salah.

“Tidak, anda kelihatan baik-baik saja, apatah lagi untuk ke restoran di pantai Bondi!” tulis seorang warganet yang menyokongnya.

“Bahagian atas kelihatan seperti “bra”, maaf saya harap saya tidak menghina. Tetapi saya juga mempunyai pakaian dalam seperti itu dan saya juga mempunyai baju yang kelihatan seperti pakaian dalam,” ujar seorang lagi warganet.

“Sama sekali tidak menyinggung dan anda kelihatan sangat cantik,” ujar yang lain pula.

Namun, ada juga nitizen yang berkata, memang pakaian seperti itu kurang sesuai untuk sesetengah restoran. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top