Selepas 45 Hari, PM UK Letak Jawatan

Liz-Truss.jpg
Kongsi Bersama

LONDON: Liz Truss meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom hari ini, selang sehari selepas menyatakan dirinya tidak akan mengaku kalah.

Dengan peletakan jawatan itu Truss yang baru 45 hari menduduki kerusi tersebut menjadi perdana menteri yang paling singkat dalam sejarah United Kingdom.

Masih belum jelas sama ada Truss akan berundur serta-merta atau pada tempoh tertentu yang bakal diumumkan.

Media tempatan melaporkan satu kenyataan rasmi tentang peletakan jawatan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Peletakan jawatan Truss itu dikatakan bertitik-tolak daripada penyusutan kuasanya politiknya susulan pembentangan belanjawan negara yang buruk pada bulan lalu.

Dia dilihat ‘tewas’ dengan tekanan daripada ahli-ahli Parlimen Tory selepas peletakan jawatan Setiausaha Negaram Suella Braverman, selain daripada kekacauan politik dalaman.

“Segalanya sudah berakhir,” ujar sumber yang dipetik portal berita The Guardian.

Sehubungan perkembangan mengejutkan itu, Ketua Pembangkang Parti Buruh Keir Starmer menggesa pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top