Selangor Kena Belajar Dari Sabah Cara Turunkan Kes Covid-19 – KP Kesihatan

noor-hisham-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Selangor yang menjadi negeri tertinggi bilangan kes Covid-19 sejak enam bulan lalu perlu belajar daripada Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, salah satu aspek yang perlu ditekankan ialah kawalan sempadan dan perhimpunan awam.

“Sabah telah menurunkan kesnya dari empat digit kepada dua digit. Harap kita dapat belajar dari Sabah terutama aspek kawalan sempadan dan perhimpunan awam,” katanya dalam komen di hantarannya Twitternya pada Isnin.

Terdahulu, dalam statusnya, Dr. Noor Hisham berkata, perjuangan memerangi Covid-19 perlu disokong rakyat dengan amalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kendiri.

“Perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan petugas barisan hadapan frontliners yang lain.

“Kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dgn PKP kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP. Insya Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.- MalaysiaGazette

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top