Selamat Memilih…Antara Akal dan Emosi

hati-dan-akal.jpg
Kongsi Bersama

1. Rakyat Sabah akan membuat pilihan hari ini; sama ada mengikut akal atau mengikut emosi ala- DS Shafie Apdal.

2. Mengikut akal ertinya membuat pertimbangan secara menyeluruh dan berpandangan jauh. Tidak menolak akan pentingnya hubungan rapat antara negeri dan persekutuan. Hubungan yang kalau dilihat dengan emosi mungkin merugikan, tetapi jika dipertimbangkan dengan akal, banyak menguntungkan.

3. Shafie sendiri memperoleh banyak nikmat daripada hubungan rapat antara negeri dan persekutuan itu. Kerananya dia menjadi orang besar di Kuala Lumpur, dan selepas itu Putrajaya selama puluhan tahun. Kerananya dia beroleh kedudukan dan kuasa. Kerananya dia mendapat kesenangan yang tidak sedikit.

4.Bayangkan kalau Shafie dulu bukan ahli UMNO. Bayangkan kalau dia anggota parti X , yang melihat Kuala Lumpur/Putrajaya sebagai ‘musuh’nya. Agak-agak anda di mana Shafie 20 tahun lalu, 10 tahun lalu dan sekarang?

5. Tidaklah kita berasa pelik jika ‘marah’ Shafie kepada Putrajaya sekarang ini disebabkan dia sekian lama teraniaya dan tidak pernah mendapat apa-apa. Tetapi apabila anda telah memperolehi hampir segalanya, setelah tembolok anda penuh, anda memperlecehkan pula tempat yang pernah memberi makan, maka anda bukanlah orang yang wajar diangkat.

6. Tidak salah membenci UMNO/BN. Tetapi ayat-ayat Shafie dalam ceramahnya mutakhir ini tidak ditujukan kepada UMNO/BN, sebaliknya kepada kerajaan Persekutuan. Bunyinya seakan Sabah ini habis diratah oleh Putrajaya – tempat di mana dia pernah menjadi sebahagian daripada orang-orang yang berkuasa.

7. Perlu disebut, yang mengangkat Shafie ke situ dulu, ke kerusi empuk menteri selama bertahun-tahun bukanlah orang Sabah semata-mata, tetapi juga ahli UMNO dari pelbagai ceruk Semenanjung. Undi merekalah yang menjadikan dia ahli majlis tertinggi dan seterusnya naib presiden parti, yang sekarang ini cukup dibenci olehnya.

8. Sejarah menjadi saksi bahawa politik yang berpaksikan emosi tidak akan sampai ke mana. Jangka hayatnya tidak pernah panjang. Contohnya banyak, di merata penjuru dunia, dari dahulu hinggalah sekarang. Ia mungkin mampu mengangkat seseorang itu untuk seketika dan ia juga mungkin akan menjatuhkannya pada masa yang lain.

9. Politik emosi ini juga banyak bahayanya. Apabila Shafie beria-ia memainkan sentimen anti politik Semenanjung maka akan ada pihak terbawa-bawa dengan emosi yang sama, Mereka akan melihat apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Semenanjung itu secara negatif. Mungkin kerana diheret oleh emosi seperti itulah maka timbulnya dakwaan tragedi Lahad Datu hanya sandiwara. Mungkin.

10. Jadi memilihlah dengan penuh pertimbangan. Ada sebab kenapa Tuhan meletakkan otak di atas, hati di tengah dan kepala lutut di bawah…

Oleh: Tulus Budiman

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top