Selaman Merdeka Semarakkan Hari Kebangsaan

selaman-merdeka.jpg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Setiap tahun, menyelam pada Hari Kebangsaan sudah menjadi rutin sekumpulan penyelam di Semporna.

Tahun ini kumpulan penyelam ini tidak melepaskan peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut bagi semarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Abdul Razak Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe berkata, kibaran Jalur Gemilang di dasar laut memberi makna berbeza buat mereka.

“Biarpun berhadapan cabaran seperti arus yang ada kalanya kuat, kami berusaha mengibarkan Jalur Gemilang dengan sebaiknya.

“Ini pengalaman yang menarik bagi penyelam yang menyertai selaman merdeka untuk kali pertama,” katanya.

Pada selaman merdeka kali ini, seramai 10 orang penyelam menyertai mereka menyelam di Sipadan.

Joe berkata, aktiviti yang dilakukan setiap tahun dengan kumpulan penyelam berbeza itu merupakan cara mereka menzahirkan rasa cintakan negara. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top