KUALA PENYU: Dalam keadaan negara khususnya Sabah berhadapan dengan gelombang penularan covid-19 semua pihak termasuk sektor swasta perlu bersatu padu bersama kerajaan menanganinya.
Pengarah Urusan SR Events Prouduction Sharom And Ghaffar berkata pada saat genting ini sektor korporat dan orang perseorangan yang berkemampuan perlu tampil membantu kerajaan untuk bersama menangani penularan wabak covid-19 yang angkanya amat membimbangkan ketika ini.
“Sudah tentu tanggungjawab ini tidak seharusnya disandarkan kepada kerajaan , ianya memerlukan sokongan dan kerjasama yang erat khususnya dari sektor korporat,” katanya ketika ditemui selepas menyertai rombongan Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) Sabah menyampaikan sumbangan pelbagai peralatan antaranya kipas,khemah ,kerusi dan lain lain di Klinik Kesihatan Padas Damit,Kerukan Dan Menumbok.
Hadir sama Pengarah (YADIM) Sabah Samin Hj Ongki.
Pada majlis itu SR Eventas Production turut menyampaikan mesin fogging basmi kuman dan High Level Disinfectant Liquid untuk kegunaan ambulan.
Menurut Sharom pelbagai bentuk sumbangan boleh disalurkan kepada pihak berkenaan bukan sahaja bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan wabak ini ,malah boleh memberikan suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas mereka yang sentiasa terdedah dengan risiko yang tinggi ketika menjalankan tugas.
Katanya sumbangan peralatan, kewangan malah dalam bentuk keperluan makanan amat dialu-alukan ini disebabkan ada golongan yang terlepas pandang yang kehilangan pekerjaan semasa penularan wabak.
“Berdasarkan pengalaman saya sendiri, banyak Whatsapp dari beberapa pihak dan individu yang kami terima memohon sumbangan, setakat termampu kami telah mengulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan mereka,” Katanya.
Sementara itu Pengarah YADIM Sabah Samin Hi Ongki juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada sektor swasta dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan sumbangan mereka dalam menangani penularan Covid-19.