Sektor Pertanian Sumbang Kadar Kemalangan Tertinggi

keselamatan-pekerja.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sektor pertanian menjadi penyumbang tertinggi kepada kadar kemalangan di tempat kerja.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Zulkifli Yahaya, statistik menunjukkan sektor pertanian merupakan penyumbang tertinggi disusuli sektor perkilangan dan pembinaan.

Antara punca utama kemalangan di tempat kerja dalam sektor pertanian adalah keadaan kerja berbahaya, pekerja tidak terlatih dan sistem pengangkutan yang tidak sistematik hingga mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Beliau menyeru kepada para majikan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan dan berusaha keras memastikan kawasan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat bagi menjamin keselamatan pekerja.

Zulkifli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Hari Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan (KKP) anjuran Hospital Pakar KPJ di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ, Mohamad Faizal Mohamed dan Pengarah Perubatan KPJ Sabah, Profesor Datuk Dr. Ajaz Ahmad. – JAPEN Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top