‘Sekolah Pencuri’

sekolah-pencuri.jpg
Kongsi Bersama

Tiga kampung terpencil di negeri Madhya Pradeshm India menjadi terkenal dengan ‘sekolah pencuri’, di mana kanak-kanak seawal 12 tahun dilatih menjadi penyeluk saku, pencuri, peragut dan perompak.

Kampung-kampung itu Kadia, Gulkhedi dan Hulkhedi – terletak kira-kira 117 km dari ibu negeri,Bhopal, adalah ‘taska’ untuk melatih penjenayah muda.

Ibu bapa dikatakan sanggup membayar antara 200,000 rupees hingga 300,000 rupees (RM10,329 hingga RM15,493) sebagai yuran bagi membolehkan anak mereka, dari seawal usia 12 tahun, mempelajari ‘seni gelap’ itu daripada penjenayah-penjenayah berpengalaman.

Antara latihan yang diberikan ialah menyeluk saku dan meragut beg di tempat yang sesak, melakukan rompakan, kecurian akaun bank, mengelak daripada polis, dan juga menahan dipukul sekiranya tertangkap.

Menurut NDTV setakat ini ‘sekolah pencuri’ itu telah melahirkan beberapa penjenayah terkenal di India.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top