Sekolah Ditutup 7 Hari Serta-Merta Jika Dua Orang Positif Covid-19

masidi.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sekolah akan ditutup serta-merta selama tujuh hari sekiranya terdapat sekurang- kurangnya dua orang positif Covid-19 yang melibatkan satu penularan dalaman dan telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari kalangan pelajar, guru atau kakitangan sekolah yang terbabit.

Katanya, selain itu, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan pulang ke asrama (penuh/harian) bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 7 Februari 2022.

Katanya, ini merupakan beberapa tindakan telah diputuskan melalui Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri Sabah Covid-19 untuk dilaksanakan segera.

Ini berikutan situasi semasa Covid-19 di Sabah, kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media pada Jumaat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top