Sekatan Perjalanan Dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan

IMG_20201006_170836.png
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula esok hingga 20 Oktober ini susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang melibatkan kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan berkuatkuasa tengah malam ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top