Sekat Dr Akmal masuk Sabah cadangan yang tidak matang

Naim.jpg

Mohd Naim Kurniawan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Pemuda UMNO Sabah menyifatkan cadangan meminta kerajaan negeri mengeluarkan sekatan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dari memasuki negeri ini sebagai tidak matang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata, pihak yang mencadangkan perkara itu perlu menyelidik dahulu sesuatu isu sebelum mengemukakan cadangan tidak masuk akal itu.

Katanya, kehadiran Dr Akmal pada Jumaat lalu di Sabah hanya untuk memenuhi undangan pihak tertentu dan beliau disambut mesra oleh seluruh lapisan rakyat di negeri ini.

“Rakyat Sabah dilihat sangat matang dalam mencerna isu berkaitan yang diperjuangkan oleh Dr Akmal khususnya bagi mempertahankan kalimah Allah daripada direndahkan darjatnya oleh pihak tertentu.

“Sekiranya mahu melarang Dr Akmal daripada memasuki Sabah dicadangkan adalah lebih baik mengeluarkan larangan terlebih dahulu mereka yang sengaja mencetuskan isu ini daripada memasuki Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad, sebagaimana dipetik Sinar Harian.

Mohd Naim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christopher Mandut yang turut mendakwa tidak mengalu-alukan sebarang cubaan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri ini.

“Pemimpin seperti Christopher perlu keluar dan bergaul dengan pemimpin dari latar belakang yang berbeza agar pandangan lebih meluas dan tidak mudah terpengaruh,” kata Mohd Naim yang juga Bendahari Pemuda UMNO.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top