Oleh: MUSLI OLI
1.Hari ketiga berada di bumi Sandakan. Bumi bertuah yg dihuni warga dari 3 buah negara – Malaysia, Filipina dan Indonesia. Seperti biasa saya mesti bangun awal subuh. Saya kerap nasihat anak2 supaya bangkit awal. Cuba lihat unggas dan burung2. Mereka itu tdk bayar instalment kereta dan bayar bil karan, tapi bangun awal subuh.
2. Saya tdk ke pasar hari ini. Pembekal akan hantar bahan2 mentah ke Restoran Pak Mus. Saya cuma berjalan kaki di kawasan hotel. Selepas 15 minit saya singgah di gerai2 tepi jalan untuk beli sarapan keluarga. Dari logatnya saya tahu penjual gerai bukan rakyat asli Sabah. “Mula berniaga jam berapa Bu?” Saya bertanya kepada wanita yang agak lanjut usianya.
3. “Jam 5 sudah disini Dik. Jam 8 kita pindah ke kawasan kilang. Tapi kalau cuti umum begini saya masak lebih sedikit kerana bisa buka sampei jam 10 pagi”. Tidak jauh kelihatan seorang pembantu mengangkat meja lipat dan kerusi plastic serta beberapa bekas makanan dari belakang Toyota Hilux. Kereta masih brand new. Titik peluh orang berniaga.
4. Saya ambil tempat duduk dan minta nescafe O. Saya tahu daripada pengalaman, OAS ramai yg masih tidur awal pagi begini. Apa lagi kalau hari cuti umum. Bila bangun nanti ramai buat bising pasal harga ayam, harga ikan, daging dan minyak makan mahal. Memanglah semua terasa mahal jika pendapatan kita tidak bertambah. Rakyat Malaysia di Sabah jarang berniaga jam 6 pagi. Yg buka kedai awal Restoran Mamak dan kedai runcit orang Pakistan. Fenomena ini sudah lama saya perhatikan. Barangkali sikap malas itu sudah biasa dan menjadi budaya kerana mrk terlalu berharap dan terlalu dimanjakan pemimpin dan kerajaan. Mana BRIM?