Oleh: MUSLI OLI
1. Saya tidak ingat tarikh sebenar tapi peristiwa itu berlaku sekitar akhir tahun 70an. Pada masa itu berlaku persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur. Sama ada persidangan ASEAN atau persidangan APEC, saya tidak pasti.
2. Selepas persidangan berakhir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh telah datang ke Kuala Lumpur menjemput Presiden Filipina, Ferdinand Marcos singgah di Pulau Labuan dalam perjalanan balik ke Manila. Sebaik mendarat di Pulau Labuan Harris mengajak Marcos menaiki helikopter ke sebuah pulau di kawasan perairan Sandakan.
3. Filipina kerap membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia melatih tentera Moro di salah sebuah pulau di Sabah. Menurut Manila hasil risikan tentera mereka telah mengenal pasti kewujudan beberapa kem tentera di beberapa pulau di Sandakan. Tentera itu dilatih komando elit dari Libya serta dibiayai kerajaan Malaysia dan Muammar Gaddafi.
4. Selain Marcos turut berada dalam helikopter ialah Menteri Pertahanan dan seorang jeneral Tentera Filipina. Manakala Harris memandu sendiri pesawat itu bersama seorang co-pilot. Harris membawa mereka terbang rendah dan melihat sendiri dakwaan kem tentera. Namun ia bukanlah kem tentera sebaliknya cuma khemah-khemah sementara pelarian dari Selatan Filipina.
5. Sungguhpun niat Harris itu baik untuk menepis tuduhan Filipina, tetapi tindakan Harris telah melangkau kuasanya. Kerajaan Negeri tiada hak dan kuasa untuk berunding dengan pemimpin negara luar tanpa restu atau kebenaran daripada Kuala Lumpur.
6. Perdana Menteri Tun Hussien Onn dan Menteri :uar Malaysia telah memanggil Harris ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan tindakannya. Dilaporkan Harris hanya minta kebenaran daripada Setiausaha Kementerian Luar Malaysia bukan daripada menteri.
7. Akibat tindakan itu, sungguhpun Manila telah berpuashati tetapi Filipina telah memperbaharui keinginan untuk terus menuntut hak terhadap Sabah. Pada hakikatnya menurut penganalisis politik tujuan Manila semata-mata mahu menjadikan Sabah sebagai penempatan baharu kepada penduduk Islam Filipina yang sekian lama menjadi liabiliti kepada Manila. Dan hasrat itu semakin hampir menjadi realiti bila Datuk Seri Shafie Apdal mahu kerajaan Malaysia berunding dengan Filipina….
Selamat menyambut Hari Malaysia dari Restoran Pak Mus.