SEKALI KETUK: Sabah Maju Jaya

Logo-SMJ-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Cogan kata atau slogan Sabah Maju Jaya telah digunakan sejak 16 September 1988. Ketika itu kerajaan negeri di bawah pemerintahan parti PBS. Pada ketika itu tidak pula timbul isu dan persoalan kenapa Sabah tidak Maju Jaya. Mungkin kerajaan negeri ketika itu mempunyai cukup alasan kenapa Sabah tidak boleh Maju Jaya.

2. Dalam ucapan KM Sabah sekarang, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di DUN semasa mengumumkan SMJ antara lain menyebut ‘kerajaan negeri berdepan dengan realiti yang amat mencabar’. Realiti ekonomi itulah yang diangkat kerajaan GRS untuk dijadikan landasan menggerakkan agenda SMJ. Hakikatnya SMJ menjadi ‘wake-up call’ bukan sahaja kepada rakan-rakan sepasukan dalam GRS tetapi juga kepada rakyat secara keseluruhan.

3. Tidak semua slogan atau Wawasan mencapai matlamat. Wawasan 2020 Tun Mahathir untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju tidak mencapai matlamat. Demikian juga Dasar Ekonomi Baru DEB sebuah dasar pembangunan jangka panjang (1971-1990) yang menelan kos pembangunan berpuluh malah ratusan bilion ringgit jauh sekali daripada mencapai matlamat menghapus kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Banyak lagi dasar lain yang tidak berjaya mencapai matlamat seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan dan sebagainya.

4. Apakah dengan kegagalan itu kerajaan perlu hentikan mencipta dan merangka cogan kata, slogan, wawasan, atau merangka dasar pembangunan yang baharu? Tentu sekali jawabnya tidak. Pengalaman lalu membuktikan kegagalan mencapai matlamat berpunca daripada masalah dalam pelaksanaan bukan kesilapan kata-kata dalam slogan atau cogan kata. Bukan juga kesalahan merangka dasar dan polisi.

5. SMJ bukan sekadar cogan kata atau slogan. Pelan Pembangunan SMJ mengambil kira soal banyak perkara yang bertujuan memastikan pembangunan ekonomi negeri ke arah mencapai pengagihan yang adil, saksama dan inklusif kepada semua peringkat rakyat negeri Sabah.

6. Mempersenda cogan kata SMJ merupakan  tindakan yang kurang bijak dan menunjukkan betapa tidak matangnya kefahaman dan falsafah politik yang kamu anuti.  Setakat ini catatan saya untuk hari ini. Kita sambung setelah bermaaf-maafan. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top