SEKALI KETUK: Putaran Ganas Kemiskinan Berpunca Daripada Kejatuhan Industri Makanan

pasar-borong-kk.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: MUSLI OLI

1.Bila restoran, premis makanan, gerai, kiosk dan industri makanan secara umum mengalami kerugian dan menghentikan operasi, secara langsung berlaku kejatuhan permintaan terhadap bahan-bahan mentah seperti ayam, daging, telur, ikan, sayur dan lain-lain lagi. Akibatnya pembekal bahan-bahan mentah tempatan termasuk syarikat-syarikat pembekal utama dan pemilik supermarket seperti Bataras, Ayam Tua, Desa KPD, Jetsin, Hong Seng dan lain-lain akan kehilangan pelanggan dan turut mengalami kerugian.

2. Untuk menjimatkan kos, sudah tentu syarikat pembekal itu akan mengecilkan operasi dengan mengurangkan penawaran. Ini dilakukan dengan mengurangkan pembelian bahan-bahan mentah. Secara langsung akan berlaku kejatuhan permintaan terhadap ikan, ayam, daging, telur sayur dan lain-lain lagi.

3. Di hujung  ‘value chain’ atau rantaian ekonomi ini adalah rakyat biasa yang terdiri daripada nelayan, petani, penanam sayur, penternak ayam daging, penternak ayam telur, penternak lembu daging, dan para pengusaha perusahaan kecil (SME) yang memproses fish cake, taufook, keropok dan bahan-bahan mentah yang berkaitan dengan makanan.

4. Oleh itu kita jangan melihat kesan kerugian restoran dan premis makanan hanya terhenti kepada pemilik restoran dan premis industri makanan sahaja. Beratus ribu rakyat yang bekerja sebagai tukang masak, pembuat kopi, pelayan akan hilang mata pencarian. Ramai penjaja pasar dan pasar borong hilang pekerjaan.  Dapatkah kita bayangkan berapa ramai anggota keluarga yang hilang punca kehidupan?

5. Lihat juga kesan lain ke atas pekerja yang bakal hilang mata pencarian bila pembekal dan supermarket mengecilkan operasi atau menutup perniagaan mereka. Kesan paling akhir ialah ke atas nelayan, penternak ayam, daging, penanam sayur dan pengusaha SME yang majoritinya rakyat bumiputera.

6. Impak buruk ke atas ekonomi yang kurang diambil perhatian ialah  kehilangan kuasa beli rakyat secara umum bila lebih 30% pekerja atau guna tenaga yang aktif kehilangan pekerjaan dan menjadi penganggur. Kejatuhan kuasa beli rakyat tersebut bakal memberi kesan putaran ganas yang berpanjangan kerana permintaan secara umum akan merudum.  Akibatnya ekonomi secara keseluruhan akan mengalami kejatuhan yang sukar untuk dipulihkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top