SEKALI KETUK: Kuasa Autonomi: Perbezaan Antara Sarawak Dan Sabah

sabah-sarawak-flags.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Menteri Persekutuan biasanya bila datang ke Sarawak, jarang disambut sebagai pemimpin besar. Tugas menteri Persekutuan selesai selepas dia umum projek yang diluluskan kementeriannya.  Selepas itu KM Sarawak atau wakilnya akan berjumpa menteri tersebut mengucap terima kasih bagi pihak rakyat Sarawak kerana kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan dan meluluskan projek untuk negeri Sarawak.

2. Kadang-kadang bukan selalu, menteri berkenaan akan dibawa membeli ikan terubuk, baju batik motif Dayak atau Penan, barang-barang kraftangan atau melawat tempat-tempat menarik. Pada sebelah malam, kadang-kadang bukan selalu, menteri dijemput dinner dan pada esok pagi menteri diiring ke airport dan ‘say good bye’.

3. Menteri Persekutuan tidak campur tangan dalam menentukan kontraktor yang bakal mengendalikan projek yang diumum. Urusan berkenaan diserah sepenuhnya kepada kerajaan negeri. Begitu juga urusan perlaksanaan dibawah kuasa kerajaan negeri Sarawak. Sungguhpun ada Jabatan Persekutuan di negeri itu, majoriti pegawai-pegawai yang berjawatan kanan dalam Jabatan Persekutuan Sarawak terdiri dari rakyat Sarawak sendiri.

3. Di Sabah, menteri Persekutuan biasanya dan telah jadi amalan akan disambut oleh seorang yang bertaraf menteri atau sekurang-kurangnya seorang bertaraf pembantu menteri bagi pihak kerajaan negeri. Pemimpin politik yang lain juga terutama yang gila minta projek akan terhegeh-hegeh berada di airport sambut menteri. Tidak kurang sebilangan para taukeh kontraktor yang sedang melobi projek menyediakan kereta Ninja latest model untuk kegunaan menteri dan rombongannya.

4. Biasanya dan selalu dibuat, menteri Persekutuan akan datang sehari lebih awal sebelum sesuatu majlis. Ini kerana telah menjadi amalan pada sebelah petang selepas ketibaan menteri dia akan diajak bermain golf bersama kawan-kawan termasuk kontraktor yang rapat. Pada malamnya menteri akan disajikan dengan dinner seafood. Dan selepas itu kadang-kadang menteri dibawa ke pusat urut kaki dan sebagainya. Kadang-kadang…

5. Pada esoknya, menteri bukan setakat umum projek tetapi menteri dan pegawai dari Jabatan Pembangunan Persekutuan akan tentukan siapa pelaksana projek. Kerajaan negeri boleh mencadang tetapi keputusan menteri dan pegawai Persekutuan adalah muktamad.

6. Kerajaan Sarawak boleh bertegas memelihara hak dan outonomi mereka kerana untung nasib politik pemimpin negeri itu bukan ditentukan pemimpin Persekutuan. Pemimpin Sarawak yang dipilih jadi calon dalam pilihanraya, pemimpin Sarawak ditentukan jadi menteri negeri atau menteri Persekutuan dan pemimpin Sarawak yang dilantik sebagai Ketua Menteri adalah dipilih pemimpin dan rakyat negeri Sarawak sendiri bukan ditentukan pemimpin politik dari Persekutuan.

Renung-renungkan….


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top