SEKALI KETUK: Kita Yang Pilih Untuk Mundur

miskin-sabah.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Sudahlah dalam hal pembangunan kita dua dekad di belakang negeri-negeri lain, buat keputusan pun kita selalu bertangguh. Mahu pulih ekonomi pasca Covid-19 pun kita pilih untuk lewat dua minggu di belakang mereka. Barangkali begitulah sikap orang Sabah sejak dulu. Suka santai-santai. Tidak kelam kabut. Pemimpin Sabah lebih suka melawat, holiday dan melihat pembangunan negara lain. Pembangunan negeri sendiri? Tangguh dulu.

2. Pada awal merdeka Tunku hantar seorang penasihat kepada kerajaan negeri sebab pembangunan negeri sangat lembab. Tiada perancangan yang teratur sedangkan sumber dan kewangan dari balak dan tembaga sangat banyak. Infrastruktur sangat daif. Pendidikan masih mundur. Seseorang perlu mengurus hasil mahsul itu dan merancang pembangunan. Orang itu adalah Syed Kechik kerana pemimpin-pemimpin Sabah lebih banyak masanya berada di Hong-Kong, Las Vegas, Paris dan London.

3.  Bila hilang kuasa baru pemimpin kita bising. Bising mereka bukan kerana sumber kekayaan telah habis, disalahguna atau diambil orang lain. Bising mereka kerana tiada kuasa. Mereka peduli apa dengan hasil bumi dan hak rakyat yang semakin terhakis. Yang mereka peduli ialah kuasa, hak dan kepentingan mereka. Pemimpin kita bukan spesies pemimpin yang punya ‘political will’ yang kuat untuk membantu negeri dan rakyat. Kecuali jika kepentingannya tergugat baru dia terloncat-loncat menjadi hero rakyat dan negeri kononnya.

4.  Sekarang betulkah Sabah tidak lagi perlu seorang penasihat dari Persekutuan? Atau kita terus buat keputusan lambat, bertindak lembab dan terus berada di belakang negeri-negeri lain. Kita yang pilih menjadi negeri yang miskin dan mundur

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top