SEKALI KETUK: Kerana Kamu Memilih Untuk Bersengketa…

sinking.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1. Selepas 22 bulan bersama kerajaan PH, jika kamu sokong Muhyiddin dan kerajaan PN, mungkin bajet jalan keretapi ke Kudat sudah dapat. Bajet membina pelabuhan Kudat sudah lulus. Pembinaan airport Semporna sudah bermula. Mungkin laut sudah timbus dan piling sudah bermula, bangunan Lembaga Padi Sabah sudah tersergam indah. Tali air untuk ladang-ladang padi sudah beroperasi. Kilang tayar pun mungkin sudah mula beroperasi. Harga getah asli di Sabah kembali melonjak naik. Penanam getah mula gembira.

2. Kilang kereta Toyota mungkin sudah mula membina bengkel di KKIP. Perlahan-lahan pelaburan 70 bilion dari China sudah mula masuk. Pulau-pulau sekitar Sabah telah mulai di bina struktur bangunan dan infrastruktur untuk menempatkan PTI. Peluang pekerjaan sudah tentu bertambah. Anak-anak muda akan gembira.

3. Pada masa itu politik stabil. Parti-parti lain seperti UMNO, PPBM, USNO tidak lagi orang peduli. Musa Aman, Hajiji, Bung, Pandikar, Rahman Dahlan orang sudah lupa. Mereka tidak lagi relevan. Tiada seorang pun wakil rakyat kerajaan mau tinggalkan parti WARISAN walau dibayar RM100 juta. Malah wakil rakyat pembangkang makin banyak melompat sokong Warisan.

4. Tapi kamu membuat pilihan yang tidak betul. Kamu memilih untuk bersengketa. Kamu memilih untuk berkonfrantasi. Kamu memilih untuk berpolitik dan beretorik. Kamu memilih untuk berdendam. Kamu memilih untuk persetankan Bajau Pantai Barat. Sedangkan masa Bajau Pantai Barat jadi KM Sabah tidak pernah tidak lantik menteri dari Bajau Pantai Timur. Kamu kata Sabah milik kamu! Sekarang kamu berangan-angan pulak mau jadi Perdana Menteri! Kamu bukan memilih untuk membela nasib rakyat dan membangun negeri Sabah. Sekarang kamu salahkan semua orang kecuali ke’palui’an kamu sendiri!

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top