SEKALI KETUK: Bencana Dan Mala Petaka Alam Kerana Kerakusan Orang Politik

tanah-runtuh-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Salam dan selamat pagi. Hari ke 3 di Sandakan. Awal pagi saya buat brisk walking sekitar laman Sabah Hotel yang agak luas. Mulanya bercadang turun bukit dan naik satu bukit lagi kira-kira 250 meter dari hotel ke arah rumah Agnes Keith. Kemudian terus ke bandar berjalan kaki tapi tak jadi kerana hujan renyai-renyai. Apapun kawasan hotel yang dulu dikenali sebagai Ramada Hotel ini agak luas. Masih dalam kawasan hutan terpelihara. Saya tertarik melihat tompok-tompok hutan yang dijaga dengan baik. Barangkali ini merupakan peninggalan British, terutama Conservator Hutan Borneo Utara, Henry George Keith, suami kepada Agnes Keith.

2. Pegawai-pegawai British dulu jika buat rumah/bangunan, primarily mereka cuma pilih dua kawasan – atas bukit atau tepi pantai. Mereka tidak tarah bukit dan tambak laut. Walaupun mereka itu penjajah dan boleh buat sesuka hati, namun pegawai-pegawai British mempunyai etika dan peradaban yang tinggi. Sangat menghargai kecantikan hutan, flora dan fauna serta keindahan alam semulajadinya, Walaupun ini negeri bukan tempat tumpah darah mereka.

3. Bukit dirata, laut ditambak untuk tujuan pembangunan cuma berlaku bila pemimpin kita yang berkuasa di negeri ini. Barangkali jika kita tidak menjadikan Ordinan dan undang-undang British sebagai panduan undang-undang untuk memelihara khazanah hutan, kita mungkin akan lebih teruk dari Brazil dan negara-negara Amerika Selatan. Barangkali seluruh hutan telah ditebang memenuhi kerakusan nafsu pemimpin politik yang mahu mencari kekayaan semata-mata.

4. Hari ini kita berdepan dengan banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai mala petaka, yang mengorbankan nyawa, kerugian harta benda dan hasil-hasil pertanian. Lalu kita melihat ke atas langit dan menyatakan itu kuasa alam/Tuhan tanpa kita menyedari musibah itu ciptaan kita sendiri – Kita tidak sayang dan hargai ciptaan Tuhan.

5. Jika Singapura dan Hong-Kong menimbus laut, untuk buat airport dan lain-lain, kita faham. Negara mereka kecil dan tanah terbatas. Tapi negeri Sabah tanahnya luas. Pembangunan boleh dibina d imana-mana, tidak semestinya bukit diratakan dan laut ditambak. Sedihnya kebanyakan kawasan laut yg ditambak itu milik syarikat-syarikat asing dan rakyat cuma dapat 10-15% saham. The world is enough for everyone needs but not for one greeds. Sekadar renungan bersama di pagi Rabu.

-Sabah Hotel Sandakan
15hb December 2021
Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top