SEKALI KETUK: Benarkah Bumiputera/Melayu Malas?

irish-in-USA.jpg

Pekerja-pekerja berbangsa Irish menjadi tenaga penting dalam pembinaan landasan kereta api dari Timur ke Barat

Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Semasa di Edinburgh Scotland kira-kira 30 tahun yang lalu, saya pernah bekerja dengan orang Irish yang memiliki beberapa buah restoran. Dia seorang jutawan tetapi sangat ‘humble’. Dia anggap saya sebagai kawan rapat bukan sebagai pekerja biasa. Dia selalu menceritakan pengalamannya bekerja sebagai buruh kasar. Dia tunjuk telapak tangannya. Cuba pegang katanya. Tapak tangannya sangat kasar dan keras. Pemilik tapak tangan kasar itu  bukan sahaja memiliki fleet of restoran tetapi juga sebuah perusahaan besar membekal pakaian terpakai ke seluruh dunia.

2. Dia kerap memberi saya semangat untuk sentiasa berdisplin, menghargai masa, rajin dan tidak mudah mengalah. Satu ketika dia pernah kata ‘Saya tahu awak jenis orang keras kepala dan berani. Tapi itu tidak cukup untuk berjaya’. Bangsa Irish juga keras kepala dan berani tetapi bukan setakat itu,  mereka sangat rajin. Terbinanya istana  besar,  jalan raya dan jalan kereta api di seluruh UK berkat darah dan keringat bangsa Irish.  Irish juga adalah bangsa terawal berhijrah ke Amerika sebagai pekerja binaan yang mahir. Boleh dikatakan bangsa Irishlah yang bina keseluruhan infrastruktur negara USA. Terutama sekali jalan keretapi Barat ke Timur.

3. Pada ketika itu buruh kasar adalah bangsa Tionghua yang dibawa kontraktor Irish dari China. Orang China sangat rajin dan berani. Sebab itu bangsa dari China adalah bangsa yang maju dalam perniagaan di USA sungguhpun telah dinafikan hak dalam politik dan pentadbiran. Irish  telah berjaya menguasai politik Amerika bukan kerana mereka lebih bijak tetapi kerana kekuatan ekonomi. Selepas itu barulah muncul imigran baharu seperti orang Itali dan bangsa Yahudi yang juga terkenal dengan sikap rajin.

4. Di UK sejak permulaan abad ke-20, kaum imigran dari Itali, China, Turki, India, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain negara telah berjaya menguasai ekonomi dan perniagaan di UK kerana mereka adalah bangsa yang rajin dan bijak mencari kesempatan. Lebih 70% billionaires di di UK adalah keturunan imigran. Bangsa asal termasuk Irish, English, Welsh dan Scottish tidak lagi rajin dan segigih bangsa-bangsa imigran.

5. Di negara ini kita adalah King!

 

Nota: Artikel ini dipetik dengan sedikit suntingan daripada hantaran penulis di akaun Facebooknya bertarikh 21 Mei 2022,

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top