SEKALI KETUK: Kerajaan Populis – Kerajaan Bakal Muflis

sri-lanka.jpg

Sri Lanka...suatu ketika beberapa hari lepas.

Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Pada PRU 2018, Pakatan Harapan membuat pelbagai janji populis untuk menarik sokongan rakyat, dan PH menang besar. Barangkali kemenangan itu menjadi inspirasi kepada politik  Sri Lanka. Pada November 2019, calon presiden Gotabaya Rajapaksa berjanji akan menurunkan kadar GST daripada 15% kepada 8%. Partinya juga memperolehi kemenangan besar.

2. Pada mesyuarat kabinet yang pertama,  Gotabaya mengumumkan pelaksanaan kadar GST baharu. Namun dalam tempoh kurang daripada 30 bulan pendapatan dan hasil negara itu mula merudum. Kejatuhan drastik revenues membawa kepada krisis kewangan. Negara itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli keperluan rakyat terutama minyak dan makanan. Bekalan eletrik terpaksa dicatu hingga 13 jam. Akhirnya rakyat mula mengadakan tunjuk perasaan. Mulanya secara aman.

3. Teori ekonomi yang sepatutnya berlaku akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan penurunan GST tetapi beberapa polisi kerajaan yang lain tidak menyokong menyebabkan sektor perniagaan tidak dapat berkembang. Dalam masa yang sama Sri Lanka sedang dibebani hutang luar negara yang tinggi. Kerajaan cuba berjimat dengan menghentikan import racun perosak dan baja kimia dengan alasan menyahut seruan antarabangsa melaksanakan green technology tetapi kesan langsung kepada sektor pertanian yang merupakan 80% daripada sumber ekonomi rakyat sangat teruk. Ladang padi tidak mengeluarkan hasil. Akibatnya kerajaan terpaksa mengimpot beras. Bila kerajaan tidak mempunyai tunai untuk mengimpot beras, kemarahan rakyat tidak lagi dapat dikawal.

4. Malaysia akan mengadakan PRU dalam beberapa bulan lagi. Sudah ada petanda kerajaan yang memerintah hari ini telah memperkenalkan beberapa dasar populis. Saya tidak sebut semua, cukup sekadar pelaksanaan gaji minimum. Pelaksanaan gaji minimum ketika ekonomi negara dan ekonomi dunia belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19 merupakan satu keputusan yang tergesa-gesa.

5. Sektor industri dan sektor perniagaan belum beroperasi pada kapasiti sepenuhnya tetapi telah mula dibebani dengan kos operasi tambahan  dengan pelaksanaan gaji minimum bermula 1hb Mei 2022. Apa tindakbalas sektor industri dan sektor perniagaan? Kenaikan kos pengeluaran sudah tentu membawa kepada kenaikan harga barang atau finish product. Maka bermulalah kesan berantai atau ‘chain reaction’ terhadap semua harga barang-barang lain termasuk barang-barang keperluan harian rakyat.

6. Menurut mantan Pengerusi PH,  ketika PH membuat manifesto pada PRU 2018, parti itu tidak menduga akan menang. Selepas menang barulah dia menegaskan bahawa manifesto itu tidak praktikal dan tidak realistik untuk dilaksana kerana ia menjadi bebanan kewangan yang besar kepada negara. Saya harap kerajaan hari ini tidak melakukan kesilapan yang sama. Teringat ayat Tony Blair bekas PM Britain ‘I rather be popular than unpopular. But I rather be unpopular than make mistakes’. Renung-renungkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top