Segerakan Pemilihan Parti, Jangan Tunggu Lepas PRU – KJ

KJ.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang berlaku.

Khairy juga berkata, Umno tidak boleh menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya perlu menghadapi pilihan raya dengan parti diterajui kepimpinan baharu yang diterima rakyat.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. Umno mesti menghadapi PRU15 dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat

“Segerakan pemilihan parti. Ambil tindakan yang tepat, Majlis (Kerja) Tertinggi. Kamu tahu kita tidak boleh terus begini,” kata beliau di Twitter hari ini.

Umno pada perhimpunan agung di Kuala Lumpur Ahad lalu lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi pilihan raya umum ke-15 bersendirian.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, usul memutuskan hubungan politik dengan PPBM itu diluluskan perwakilan PAU2020.

Sehari selepas perhimpunan agung itu, perdana menteri yang juga presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan mengejut dengan beberapa menteri dari Umno.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top