Segerakan Baki Lebuh Raya Pan Borneo – Hajiji

hajiji-1.jpg

Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menggesa Kerajaan Persekutuan mempercepat pelaksanaan baki pakej projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri itu.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sudah berbincang mengenai isu itu dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini semalam.

“Dilaporkan 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top