Segera Lapor Kejadian Banjir, Tanah Runtuk Kepada PKOB – Dr Joachim

Dr-Joachim.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menyeru kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung agar segera melaporkan kejadian banjir atau tanah runtuh kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Ranau untuk tindakan susulan.

Beliau membuat seruan selepas mendengar satu taklimat mengenai tindakan yang telah diambil dan kawasan yang terlibat dengan bencana yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir pada Rabu.

Dalam taklimat berkenaan, Dr. Joachim dimaklumkan bahawa Daerah Ranau banyak mengalami kerosakan infrastruktur iaitu jalan raya terputus, tanah runtuh dan jambatan gantung terputus.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada semua usaha yang dilakukan oleh semua agensi kerajaan yang terdiri daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Ranau, Jabatan Kebajikan, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta semua yang terlibat dengan PKOB Ranau, yang diketuai oleh Syahrin Samsir.

Pada Ahad, terdapat beberapa kawasan dalam DUN Kundasang yang terbabit dengan kejadian tanah runtuh, jalan terputus dan banyak rumah kediaman penduduk musnah akibat banjir.

Antara jalan yang terjejas ialah Jalan Malinsau-Kaingaran, Jalan Tibabar-Lobou Kenip, Jalan Tumbalang, Jalan Takutan- Perancangan, Jalan Kawiyan dan Jalan Kundasang-Ranau,

 

Berita asal: Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top