Saya Tidak Pernah ‘Rayu’ Sokongan Mana-Mana Parti, Tegas PM

ismail-sabri-2.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri, 62, selaku plaintif bagi menjawab pembelaan yang difailkan oleh pemilik Agenda Daily Media Enterprise Muhamad Izwan Mohd Zubit, yang disaman berhubung penerbitan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang didakwa memfitnah perdana menteri.

Ismail Sabri mendakwa beliau percaya bahawa Muhamad Izwan tidak hadir pada ceramah yang diadakan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Jan lepas.

Ismail Sabri tegaskan tidak pernah rayu parti politik untuk terus jadi PM

Bernama

April 8, 2022 12:23 MYT

Ismail Sabri menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri, 62, selaku plaintif bagi menjawab pembelaan yang difailkan oleh pemilik Agenda Daily Media Enterprise Muhamad Izwan Mohd Zubit, yang disaman berhubung penerbitan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang didakwa memfitnah perdana menteri.

Ismail Sabri mendakwa beliau percaya bahawa Muhamad Izwan tidak hadir pada ceramah yang diadakan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Jan lepas.

“Dalam ceramah itu, saya telah memberi ucapan yang dirujuk oleh berita-berita yang diterbit oleh surat khabar tempatan. Pada masa material sebelum penerbitan artikel itu, defendan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan berkenaan dengan ucapan di konvensyen berkenaan.

“Sebaliknya, defendan telah secara melulu merujuk kepada artikel-artikel yang diterbit oleh surat khabar tempatan semasa menerbitkan artikel itu yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap saya,” kata Ismail Sabri di dalam jawapan kepada pembelaan itu yang difailkan pada 6 April.

Sumber; Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top