‘Saya Tidak Akan Merayu,’ Kata KJ

kj.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak bercadang untuk merayu terhadap pemecatan beliau daripada parti itu oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jumaat lepas.

Katanya, tiada gunanya merayu kepada MKT memandangkan ia adalah kumpulan orang yang sama yang mahu menyingkirkannya dan yang masih berada di peringkat tertinggi parti.

“Merayu bermakna… merayu terhadap entiti yang sama yang secara unilateral dan secara serta merta memecat saya daripada parti.

“Saya juga membincangkan perkara itu dengan (bekas ketua badan perhubungan UMNO Selangor Tan Sri) Noh (Omar) dan (bekas ketua penerangan UMNO) Shahril (Hamdan) dan kami membuat kesimpulan tentang apa gunanya merayu,” katanya dalam program Breakfast Grille di radio BFM pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada Jumaat mengumumkan tindakan parti itu memecat Khairy dan Noh kerana melanggar perlembagaan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad juga mengumumkan beberapa ahli parti telah digantung daripada parti selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top