Saya Tetap Bersama Hajiji dan Mesra GRS, Kata Masiung

masiung-1.jpg

Datuk Masiung Banah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut (ADUN), Datuk Masiung Banah hari ini menafikan khabar angin mengatakan beliau keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya tetap berpendirian teguh dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS dan secara logiknya, macam mana saya keluar GRS sedangkan saya masih ADUN Bebas, tidak menyertai mana-mana parti dalam GRS.

β€œSaya cuma anggota mesra GRS,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media di sini.

Kenyataan itu yang diberikan kepada SABAHitz On9TV berikutan tularnya satu ciapan di media sosial sejak kelmarin yang mengaitkan Masiung bersama tiga ADUN lain iaitu, Datuk Robin Balang (Kemabong), Dato’ Sri Rudy Awah (Pitas) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan) akan keluar meninggalkan GRS.

Menurut Masiung, petang kelmarin beliau berada di kawasan DUN Kuamut untuk mengunjungi penduduk kampung yang meninggal dunia dimana ciapan itu mula tersebar luas di 𝘸𝘩𝘒𝘡𝘴𝘈𝘱𝘱 dan media sosial lain.

Mungkin ramai gagal menghubungi beliau kerana tidak semua kawasan di Tongod mempunyai capaian internet, katanya.

Menurut Pengerusi Lambaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu, isu tersebut mungkin sengaja diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum 15 dengan tujuan jahat.

“Saya hanya mengetahui perkara itu apabila Pegawai Komunikasi dan Media saya, Yussof Imbang menghubungi saya lewat tengah malam semalam, ” jelasnya.

Yussof yang sedang bercuti di Kuala Penyu sejak kelmarin dihujani panggilan telefon dan aplikasi 𝘸𝘩𝘒𝘡𝘴𝘈𝘱𝘱 yang bertanyakan perkara tersebut, namun tidak dapat mengesahkan kerana Masiung yang baharu dilantik sebagai Pengerusi GRS Kinabatangan itu gagal dihubungi.

Apapun kata Masiung, sebagai ADUN mesra GRS beliau akan tetap akan memberi sokongan padu kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS. –SABAHitz On9TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top