‘Saya tak pernah tanda tangan apa-apa SD, politik Sabah tenang, tiada ribut’ – Armizan

armizan-1-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan beliau tidak menandatangani sebarang akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Sinar Harian Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, beliau juga mengakui tidak pernah didatangi mana-mana pihak bagi tujuan berkenaan.

“Saya tak pernah tanda tangan apa-apa SD dan tiada siapa dekati saya pun,” katanya ketika ditemui media pada Selasa.

Sementara itu dalam satu laporan lain Armizan berkata ‘tiada ribut’ yang berlaku di arena politik negeri ini.

“Sabah tenang, tiada ribut-ribut. Mungkin ribut pada parti-parti tertentu, mungkin,” kata ahli parlimen Papar itu ketika diminta mengulas mengenai keadaan politik di Sabah ketika ini.

Kedatangan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua hari lalu yang digembar-gemburkan oleh portal-portal berita sebagai bertujuan meredakan ketegangan politik di negeri ini.

Pegawai Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan gembar-gembur tersebut.

Dalam acara Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023 di Kampung Kedamaian, Kota Belud kelmarin Zahid menafikan berlakunya kemelut politik di sana dan perjumpaan hanya untuk “mengemas kini beberapa kerja politik”, termasuk penyusunan struktur jentera parti.

Perkembangan itu setelah penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendakwa 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan parti di Sabah iaitu GRS dan Warisan serta tiga ahli parlimen dari negeri itu.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata parti-parti dalam kerajaan Sabah kekal tenang dan kerjasama antara mereka semakin rapat.

“…GRS, PH Plus yang ada di Sabah ini tenang, kerjasama semakin rapat dan kita akan meningkatkan kerjasama tersebut…kita nak buktikan kepada rakyat kita lakukan yang terbaik untuk tunaikan tanggungjawab membawa perubahan kepada masyarakat di Sabah.

“Dan sudah tentu dua tahun lagi kita akan dinilai oleh rakyat, kita mahu GRS dan PH plus terus mendapat kepercayaan dan mandat rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top