“Saya sedia dipecat, tidak akan bersama PH” – Ismail Sabri

Ismail-Sabri-1.jpg

Tangkap layar perbualan Datuk Seri Ismail Sabri dengan ketua-ketua UMNO Bahagian dalam aplikasi WhatsApp yang dikongsi anak Naib Presiden UMNO itu, Nina di akaun Instagramnya.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: “Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).” Itu kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.

Dalam tangkap layar itu, Ismail Sabri dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp “KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA.”

Turut tersenarai perbualan dalan kumpulan Whatsapp itu adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang turut memberi tanda sokongan kepada Ismail.

Tangkap layar perbualan itu dimuat naik Nina Ismail sekitar pukul 5 petang tadi di akaun Instagramnya.

Nina turut membuat komentar iaitu “biar tidak berkuasa, jangan tidak berprinsip”.

Sementara itu bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memuji ketegasan Ismail Sabri yang istiqamah mempertahankan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga turut terharu dengan ketegasan ahli-ahli Parlimen BN, khususnya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang tegas mempertahankan keputusan berkenaan.

“Saya selaku antara individu yang banyak terlibat dengan pelbagai keputusan dan dasar parti sekian lama terutama ketika menjadi ahli Parlimen, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Setiausaha Agung parti dan sebagainya merasakan sampailah masanya pencerahan dibuat.

“Ini demi kepentingan ahli parti mengetahui perkara sebenar berhubung banyak perkara yang tidak dikongsikan sebelum ini,” katanya di Facebook pada Isnin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top