Saya Masih Ahli Parlimen BN, Tak Rancang Lompat Parti – Shahelmey

shahelmey-1.jpg

Shahelmey

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, beliau masih Ahli Parlimen dan Adun Barisan Nasional (BN) walaupun keahliannya dalam UMNO digantung enam tahun.

Ahli Parlimen Putatan, yang juga ADUN Tanjung Keramat berkata, tiada dalam perancangannya untuk melompat parti kerana beliau hanya digantung keahlian, bukannya dipecat daripada UMNO..

Shahelmey bagaimanapun berkata, setakat ini, beliau belum menerima surat rasmi daripada UMNO Pusat berhubung keputusan penggantungan keahliannya.

Status sebagai Ahli Parlimen masih sah seperti yang dikenakan terhadap Datuk Seri Hishammuddin Hussein, apabila digantung keahlian bukan bermakna dipecat keahlian.

Saya masih ahli UMNO dan wakil rakyat atau Ahli Parlimen BN. Cuma sekiranya saya membuat keputusan untuk bertukar parti untuk kerusi Parlimen, ia akan ditentukan Speaker Dewan Rakyat berkaitan Akta Anti Lompat,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Minggu lalu, UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan itu selama enam tahun kerana enggan mematuhi arahan parti dalam usaha menyingkirkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor awal tahun ini.

Shahelmey antara empat Adun UMNO yang memutuskan untuk menyokong Hajiji, selepas UMNO Sabah menarik sokongan terhadap ketua menteri itu.

Tiga lagi Adun adalah Datuk Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top