Saya Hadiahkan PN Satu Perlis – Shahidan

shahidan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berterima kasih kepada Perikatan Nasional (PN) kerana sanggup menerimanya sebagai calon pada PRU15 bagi meneruskan perjuangan politik serta berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Walaupun dipecat Umno, katanya, beliau membalas jasa parti baharunya itu dengan menghadiahkan Perlis, yang sebelum ini kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), untuk ditadbir PN.

Saya menang baru-baru ini. Saya dipecat dengan teruknya daripada parti asal saya (Umno), tetapi syukur Alhamdulillah PN menerima saya.

Dan saya ‘hadiah balik’ kepada mereka satu negeri,” katanya di Dewan Rakyat.

BN tumbang di Perlis pada PRU15, apabila PN menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen, selain 14 daripada 15 kerusi DUN.

Shahidan sebelum ini dipecat Umno susulan keputusannya bertanding atas tiket PN untuk mempertahankan Parlimen Arau pada PRU15, selepas tidak dicalonkan BN. – FMT

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top